Bahagian Penyelesaian Alternatif telah diwujudkan pada 11 September 2014 melalui kelulusan Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Kerajaan Negeri Selangor Bil. 13 Tahun 2014. Bahagian ini mempunyai seorang ketua, 6 orang pegawai Syariah dan 2 orang pembantu Syariah.
Terdapat 2 Unit di Bahagian ini iaitu :
- Unit Sulh; dan
- Unit Hakam
Penubuhan Bahagian ini diwujudkan sebagai satu alternatif dalam mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah iaitu setiap kes yang didaftarkan perlu melalui proses sulh terlebih dahulu bagi membincangkan pertikaian-pertikaian yang terdapat dalam kes tersebut sebelum melalui proses perbicaraan. Oleh itu dengan kewujudan bahagian ini dilihat dapat mengelakkan kes-kes dibicarakan dengan panjang sedangkan terdapat penyelesaian yang boleh dicapai dengan cepat melalui alternatif ini.
Selain itu juga, Bahagian ini terdiri daripada unit Hakam yang menjalankan fungsi sebagai penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri dan juga berfungsi menamatkan shiqaq antara suami isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talaq atau khul’. Hakam juga semasa menjalankan Majlis Tahkim bertanggungjawab menerima dan melaksanakan arahan Mahkamah dari semasa ke semasa dan menjelaskan tentang peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak dalam Majlis Tahkim. Hakam ini dilantik sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa telah berlaku perkelahian (shiqaq) antara pihak-pihak dalam pekahwinan.
Berikut adalah senarai nama pegawai yang menyandang tugas sebagai Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif :
- Puan Firdawaty Binti Mohammad (18 September 2017- 14 April 2019)
- Puan Noridah Binti Mohamed Noor (15 April 2019 – 29 Februari 2020)
- Tuan Fairus bin Jaafar (18 Ogos 2020 – kini)