button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 30 Mac 2023, 04:48:14.

    Total Visitor 332

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Latar Belakang Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

Di awal penubuhan Mahkamah Syariah ia dikenali sebagai Pejabat Kadi yang terletak di Datuk Keramat Kuala Lumpur. Pada tahun 1974 telah berlaku pemisahan antara Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor, maka lokasi Pejabat Kadi di Datuk Keramat Kuala Lumpur telah berpindah ke  Jalan Enggang Keramat. Kemudian pada tahun 90 an, lokasinya telah berpindah ke Jalan AU 2A/17, Taman Seri Keramat 54200 Kuala Lumpur. Ketika ini Pejabat Agama Islam dan Pejabat Kadi masih belum ada pemisahan kuasa. Terdapat 3 orang Hakim  Syarie yang mengendalikan kes syariah dan dikenali sebagai Qadhi Litar yang bergerak ke seluruh daerah Negeri Selangor.

Pada 1 September 1991, Pejabat Agama Islam dan Pejabat Kadi telah diasingkan pentadbiran dan pengurusannya. Ketika itu nama Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah Gombak/Hulu Selangor. Kemudian, Yang Arif Tuan Haji Mohd Nahrawi bin Haji Mohd Salleh telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak/Hulu Selangor untuk mengendalikan kes di  Daerah Hulu Selangor dan Gombak.  Pada tahun yang sama juga, seorang Penolong Pendaftar dan seorang pembantu Pendaftar telah dilantik untuk menguruskan bahagian pentadbiran.  Sehingga 3hb. Disember, 1991, Mahkamah ini telah mempunyai 3 orang kakitangan sokongan termasuk seorang Penghantar Saman yang diserapkan ke Mahkamah.

Setelah beberapa tahun beroperasi, telah berlaku pemisahan persempadanan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah Gombak Timur, Gombak Barat dan Hulu Selangor. Kini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hanya mengendalikan kes di daerah Gombak Timur sahaja. Sehingga kini, terdapat seramai lebih kurang 8 orang Hakim Syarie yang pernah ditugaskan di sini.


Hakim-hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur:-

1.  Almarhum Tn. Hj. Mohd Nahrawi Bin Hj Mohd Salleh
2.  Tn. Hj. Mohd Shari Bin Ismail
2.  Almarhum Dato' Hj. Mukhyuddin Bin Ibrahim
3.  Tn. Zainor Rashid Bin Hasan
4.  Tn. Fauzi Bin Ismail
5.  Tn. Wan Mahyuddin Bin Wan Mohamad
6.  Tn. Shaiful Azli Bin Jamaluddin
7.  Tn. Mohamad Hanan Bin Jalil
8.  Tn. Muhamad Hisyam Bin Zakaria
9.  Pn. Maizatul Aliza Binti Chee Din



Pejabat Agama Islam Daerah Gombak lama terletak bersebelahan dengan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur