button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 30 Mei 2023, 02:24:14.

    Total Visitor 4789

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

LATAR BELAKANG MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK BARAT

Latar Belakang MRSGB

Bangunan Mahkamah Rendah Syariah Gombak telah dibina sejak tahun 1980 oleh Pihak Jabatan Agama Selangor. Ia terletak di Jalan AU 2A/17, Taman Seri Keramat 54200 Selangor Darul  Ehsan . Pada masa itu Mahkamah ditadbir dan diurus oleh Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Selangor . Pegawai Tadbir Agama yang menjadi Ketua Pejabat, Pejabat  Agama Islam Gombak Timur adalah juga sebagai Hakim (Qadhi) yang membicarakan kes di Mahkamah Syariah ketika itu.

Pada masa itu, nama Mahkamah ialah Mahkamah kadi . Apabila terdapat kes - kes yang tergolong dalam kategori kes Mahkamah Tinggi (dahulunya Mahkamah Kadi Besar) , Kadi Besar yang berpejabat di Bahagian  Mahkamah Syariah, JAIS Shah Alam akan datang ke Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur pada hari - hari tertentu untuk mendengar dan memutuskan perbicaraan.

Pada 1hb. September, 1991 seorang Penolong Pendaftar dan seorang pembantu Pendaftar telah dilantik untuk menguruskan pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Gombak/ Hulu Selangor. Pada ketika itu, Hakim yang ditugaskan untuk membicarakan kes-kes di kawasan ini adalah pada masa yang sama menjadi Pegawai Tadbir Agama di Pejabat Agama Islam Hulu Selangor.

Sehingga 3hb. Disember, 1991, Mahkamah telah mempunyai 3 orang kakitangan sokongan termasuk seorang Penghantar Saman yang diserapkan ke Mahkamah (sebelum ini bertugas di Pejabat Agama Islam Gombak Timur ). 

Pada Januari 1992 , Mahkamah telah mempunyai seorang Hakim yang dikhaskan bertugas di Mahkamah ini. Beliau  ialah YA Tuan Hj. Shahri b. Hj. Ismail. Sebelum ini beliau merupakan salah seorang Kadi Litar negeri Selangor.  Kakitangan sokongan Mahkamah pula bertambah seorang lagi iaitu seorang Pegawai Tadbir (Kesetiausahaan) atau Steno .