
21.4.2022 - Khamis | Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber dengan kerja sama Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) JKSM telah menganjurkan program Jom Baca 10 minit, Quran Hour dan Penyampaian Hadiah Read n Review. Program Jom Baca 10 minit menjadi acara rutin setiap tahun sebagai simbolik sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Dalam masa yang sama program Quran Hour dan penyampaian hadiah bagi program Read n Review turut diadakan secara serentak. Program ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Mohd Na’im bin Haji Mokhtar (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia). Dalam ucapan perasmian tersebut YAA Dato’ Setia banyak menyentuh mengenai kepentingan membaca khususnya di kalangan warga JKSM / JKSN / MSN. Menurut YAA Dato Setia Dr. Mohd Naím Hj Mokhtar, budaya membaca wajar dijadikan sebagai satu gaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Kemajuan negara dan ketamadunan bangsa dapat dikembangkan dan dipertingkatkan jika bangsa itu berfikiran tinggi yang lahir dari amalan membaca. Dalam masa yang sama, Program tiga dalam satu ini juga turut diadakan Program Quran Hour. Dalam program kali ini Surah al Mulk dipilih untuk bacaan yang telah dipimpin oleh Tuan Muhammad Amir Firdaus (Penolong Pengarah BPSMP) manakala tadabbur surah Al-Mulk pula di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Najib bin Kassim (Ustaz Abu Hubayb) penceramah jemputan dari Negeri Melaka. Di akhir program, diadakan pula acara pemakluman pemenang Program Read n Review secara maya. Dalam program tersebut Puan Maryam Jameela binti Ali Sabri dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dinobatkan sebagai pemenang pertama. Tahniah kepada Puan Maryam Jameela binti Ali Sabri

