
14 Disember 2021- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Komuniti Sulh dan Rakan BSK (Bahagian Sokongan Keluarga) bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor. Majlis disertai 95 peserta dari barisan Imam-Imam Masjid di seluruh negeri Selangor yang telah dilatih melalui Kursus Asas Sulh (Komuniti Sulh dan Rakan BSK) sebanyak 3 siri sepanjang tahun 2019. Program ini merupakan pelancaran kepada pewujudan Komuniti Sulh dan Rakan BSK dari kalangan imam-imam masjid di seluruh negeri Selangor untuk membantu memberikan nasihat awam berkaitan pertikaian kekeluargaan, saluran perundangan yang betul, selain menggerakkan usaha advokasi berkaitan kewajipan bapa dalam menyediakan nafkah anak serta kesan kepada pelanggaran perintah nafkah, di samping menyebarluaskan kewujudan dan fungsi BSK dalam menguatkuasakan perintah nafkah. Kursus Asas Sulh (Komuniti Sulh dan Rakan BSK) ini merupakan kerjasama di antara JAKESS dengan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat YB Puan Dr Siti Mariah binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga yang telah bermula sejak tahun 2019.
#jakess
#syariahasaskeadilan