Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 05 Mei 2021, 06:50:41.

    Total Visitor 4647

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS BAHAGIAN PERPUSTAKAAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE PUSAT SUMBER JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR & MAJLIS GOTONG ROYONG SIRI 1 2021

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

SHAH ALAM, Rabu 10 Mac 2021 bersamaan 25 Rejab 1442H - Pusat Sumber JAKESS telah menjemput Puan Asilatulsyila binti Ahmad Shukari, Pegawai dari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi berkongsi pengalaman mengenai pengurusan Pusat Sumber serta proses kerja yang sistematik sewaktu pendemik COVID 19 dan amalan norma baharu. Fokus dan teguran juga diberikan dalam mempelbagaikan aktiviti dan program Pusat Sumber. Pendedahan ini diberikan kepada hampir 20 orang peserta di kalangan Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber (AJKPS) yang dilantik merangkumi Pegawai Penyelidik Hakim, Pembantu Pustakawan, Pembantu Syariah, Pembantu Tadbir/ Kewangan dan Penghantar Notis di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Penceramah juga menyarankan supaya AJKPS bersikap proaktif turun padang ke bahagian bagi pinjaman bahan bacaan kepada pegawai dan kakitangan, memperkemaskan polisi dan dasar sedia ada, menyemak semula daftar pelupusan rekod-rekod dan pemuliharaan bahan, menyebarluas maklumat perkhidmatan Pusat Sumber melalui aktiviti bersesuaian seperti pertandingan kraf & sukan rakyat. Seusai majlis tersebut, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain selaku Ketua Hakim Syarie JAKESS telah dijemput oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Tuan ‘Afif Sofiuddin bin Syeikh Abd Ghani bagi menyampaikan aluan ringkas sebelum merasmikan dan menyampaikan cenderahati kenangan kepada penceramah serta sijil penghargaan kepada seluruh AJKPS bagi tahun 2019-2020. Kemudiannya, sesi Gotong Royong juga telah diadakan petang bagi menyusun semula kedudukan Pusat Sumber JAKESS dengan menambahbaik elemen mesra pelanggan, amalan norma baharu serta kesiapsiagaan Pusat Sumber bagi pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dijadualkan dalam masa terdekat.