Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 03 Ogos 2022, 06:19:29.

    Total Visitor 8378

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

MUZAKARAH HAKAM KALI KE 5 TAHUN 2022

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 
 
19 Julai 2022, Selasa
 
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Muzakarah Hakam pada Selasa bertempat di Dewan Muktamar, JAKESS dengan dihadiri seramai 33 orang Panel Hakam seluruh Selangor dan beberapa orang Hakim Syarie Mahkamah Syariah Selangor termasuk Setiausaha Jawatankuasa Hakam, merangkap Ketua Pendaftar JAKESS Tuan Salehan bin Yatim.
Muzakarah Hakam kali kelima ini diadakan sebagai medan untuk mengumpulkan isu-isu dan permasalahan yang timbul sepanjang pengendalian Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor untuk dibincangkan dan mendapatkan ketetapan yang bertepatan dengan Hukum Syarak dan selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
 
Muzakarah ini sangat penting sebagai usaha penyeragaman amalan di kalangan semua anggota Panel Hakam semasa pengendalian Majlis Tahkim. Antara amanat YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hakam Selangor agar semua Panel Hakam sentiasa memastikan prosedur yang digariskan dipatuhi. Setiap anggota Panel Hakam juga perlu mengamalkan tahap profesionalisme yang tinggi, beretika dan berintegriti bagi mengelakkan sebarang isu bantahan atau ketidakpuasan hati pelanggan terhadap pengendalian prosiding Majlis Tahkim di Mahkamah Syariah Selangor.
 
Program sehari ini diurusetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR) JAKESS dan telah berjaya mencapai matlamatnya dengan beberapa resolusi dijadikan garis panduan untuk dipraktikkan oleh semua anggota Panel Hakam di Negeri Selangor.