Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Thursday 27 May 2021, 03:20:21.

    Total Visitor 18959

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

22 Mac 2021, Shah Alam : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini telah menerima Sijil 100% Pembancian sempena Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. Sijil tersebut telah disampaikan oleh Encik Amri bin Idris, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Ketua Hakim Syarie,YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga JAKESS atas penganugerahan tersebut.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

SHAH ALAM, Rabu 17 Mac 2021 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Bantuan Guaman Selangor bagi membincangkan isu-isu berkaitan perundangan dan kerjasama antara kedua-dua pihak. Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih atas kunjungan hormat tersebut. Semoga jalinan kerjasama antara kedua agensi ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

SHAH ALAM, Rabu 10 Mac 2021 bersamaan 25 Rejab 1442H - Pusat Sumber JAKESS telah menjemput Puan Asilatulsyila binti Ahmad Shukari, Pegawai dari Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bagi berkongsi pengalaman mengenai pengurusan Pusat Sumber serta proses kerja yang sistematik sewaktu pendemik COVID 19 dan amalan norma baharu. Fokus dan teguran juga diberikan dalam mempelbagaikan aktiviti dan program Pusat Sumber. Pendedahan ini diberikan kepada hampir 20 orang peserta di kalangan Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber (AJKPS) yang dilantik merangkumi Pegawai Penyelidik Hakim, Pembantu Pustakawan, Pembantu Syariah, Pembantu Tadbir/ Kewangan dan Penghantar Notis di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah. Penceramah juga menyarankan supaya AJKPS bersikap proaktif turun padang ke bahagian bagi pinjaman bahan bacaan kepada pegawai dan kakitangan, memperkemaskan polisi dan dasar sedia ada, menyemak semula daftar pelupusan rekod-rekod dan pemuliharaan bahan, menyebarluas maklumat perkhidmatan Pusat Sumber melalui aktiviti bersesuaian seperti pertandingan kraf & sukan rakyat. Seusai majlis tersebut, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain selaku Ketua Hakim Syarie JAKESS telah dijemput oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber, Tuan ‘Afif Sofiuddin bin Syeikh Abd Ghani bagi menyampaikan aluan ringkas sebelum merasmikan dan menyampaikan cenderahati kenangan kepada penceramah serta sijil penghargaan kepada seluruh AJKPS bagi tahun 2019-2020. Kemudiannya, sesi Gotong Royong juga telah diadakan petang bagi menyusun semula kedudukan Pusat Sumber JAKESS dengan menambahbaik elemen mesra pelanggan, amalan norma baharu serta kesiapsiagaan Pusat Sumber bagi pengauditan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Unpublished
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Dimaklumkan bahawa talian telefon Mahkamah Rendah Syariah Sepang sedang mengalami gangguan. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin menghubungi Mahkamah boleh hubungi talian sementara 011-35798909. 

Kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 

JUMAAT- 23 Oktober 2020 - Unit Integriti JAKESS hari ini menganjurkan Webinar Pengurusan Kewangan dan Hutang bersama AKPK secara dalam talian. Program yang bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi tu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga JAKESS malah terdapat penyertaan daripada luar. Puan Rohanizam binti Talib selaku 'Senior Counsellor' dalam taklimatnya menerangkan berkenaan kaedah pengurusan aliran tunai melalui penyediaan bajet serta pengurusan hutang secara berkesan. Di samping itu, beliau juga memberi pendedahan berkenaan permasalahan berkenaan kewangan dan hutang yang berlaku dalam kalangan masyarakat serta kaedah untuk mengatasinya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang turut sama menjayakan Webinar tersebut.