^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Perutusan Ketua Hakim Syarie Selangor

 

PERUTUSAN KETUA HAKIM SYARIE

YAA HAJI MOHAMMAD ADIB BIN HUSAIN

Ketua Hakim Syarie

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor


Assalamualaikum dan salam sejahtera   

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وإمام المتقين نبينا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين. اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه . وبعد ،

Segala puji bagiMu wahai Penguasa sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Penguasa di hari pembalasan. Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami pada jalan yang benar. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat. Salam dan salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. kepada keluarga serta para sahabat baginda dan kepada segenap kaum Muslim yang telah berjuang menegakkan agamaMu.  

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan ‘inayahNya dapat saya menyampaikan perutusan selepas dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor pada 3 Julai 2017.

Sebagai seorang yang baru menerima amanah menjadi pucuk pimpinan di jabatan ini besar harapan saya untuk melihat warga jabatan keseluruhannya bersama-sama dengan saya berusaha untuk memartabatkan institusi kehakiman syariah di Negeri Selangor seterusnya mengekalkan kecemerlangan dan kejayaan yang telah kita perolehi.

Memandangkan jabatan kita merupakan sebuah institusi kehakiman syariah, maka matlamat utama atau core business kita ialah kadar penyelesaian kes. Ini adalah selari dengan titah DYMM Sultan Selangor yang berhasrat untuk melihat Mahkamah Syariah di Selangor ini adalah sama tinggi dengan Mahkamah Sivil malah jika mampu lebih baik dari itu. Ini juga adalah selari dengan Pelan Strategik Jabatan yang telah dirangka bagi tempoh 2015 hingga 2020 yang mensasarkan penyelesaian bagi kes-kes tertangguh adalah 100% bagi kes di Mahkamah Rendah Syariah dan 85% bagi kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Untuk merealisasikan hasrat dan harapan di atas kita perlu menanam semangat dan iltizam yang tinggi. Saya yakin warga kerja JAKESS terutamanya yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kehakiman dan perundangan mampu membuat satu perubahan sama ada dari segi perubahan minda, perubahan cara kerja, mahupun perubahan sikap.

Seterusnya saya melihat peranan petugas kaunter sebagai frontliners dengan pelanggan sebagai salah satu lagi aspek yang penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mencapai tahap kepuasan yang maksimum. Kualiti sesebuah institusi itu sering dinilai bermula dari perkhidmatan yang diberikan di kaunter pertanyaan mahupun di kaunter pengurusan dan kerana itu jugalah ada pepatah yang menyebut “customer is always right”. Walaupun pada hakikatnya tidak semua kehendak pelanggan kita boleh atau mampu penuhi tetapi pepatah ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa pentingnya menjaga adab dan etika dengan pelanggan sepanjang waktu berurusan.

Seterusnya saya memfokuskan perutusan ini kepada semua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Selangor. Jawatan sebagai Hakim Syarie ini merupakan satu jawatan yang amat penting di dalam sesebuah institusi kehakiman. Kedudukan sebagai seorang Hakim berbeza dengan kebanyakan orang atau jawatan lain disebabkan amanah dan tanggungjawab mereka adalah lebih berat dan kedudukan ini bukanlah merupakan satu keistimewaan. Etika sebagai seorang Hakim perlulah dijaga dengan rapi bagi memastikan keadilan dan ketulusan dalam membuat penghakiman adalah terjaga.

Mahkamah Syariah sering dijadikan punca masalah lambakan kes tertunggak di Negeri Selangor. Justeru, langkah-langkah perubahan perlu diambil segera bagi membaiki dan menaikkan reputasi Mahkamah Syariah khususnya di Negeri Selangor ini. Tahun 2017 ini masih berbaki lagi tiga bulan setengah dan antara harapan saya kepada semua Hakim Syarie ialah untuk mengenalpasti baki kes yang masih belum dapat diselesaikan pada tahun ini dan perlu dibawa ke tahun hadapan di samping mengenalpasti punca penangguhan penyelesaian kes tersebut. Sekiranya punca tertangguhnya kes-kes tersebut disebabkan faktor kelemahan mahkamah, maka ianya perlulah diperbaiki dan ditangani segera. Saya juga ingin menyarankan kepada semua Hakim Syarie supaya menyediakan satu jadual Indeks Prestasi Utama atau Key-Performance Indicator (KPI) bagi membantu melancarkan dan memperkemaskan perjalanan penyelesaian kes.

Suka juga untuk saya memberi peringatan kepada semua Hakim termasuk diri saya sendiri supaya memberikan layanan yang baik dan menghormati pihak-pihak sewaktu prosiding sedang berjalan termasuklah menghormati peguam-peguam yang mewakili kes

Selain itu, saya juga mengharapkan komitmen yang tinggi daripada semua warga jabatan agar memberikan kerjasama dan terlibat aktif dengan latihan peningkatan kerjaya yang telah ditakwimkan oleh jabatan tanpa mengabaikan tugas hakiki yang telah diamanahkan. Ini kerana apa-apa latihan yang telah dirancang pastinya mempunyai matlamat tersendiri dan ia merupakan satu wadah atau ruang penambahbaikan kerjaya serta perkongsian pengalaman yang boleh dimanfaatkan antara satu sama lain.

Dalam menjadikan JAKESS sebagai sebuah institusi kehakiman yang cemerlang, kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan untuk melahirkan semangat kebersamaan dan cintakan jabatan. Tiada apa yang lebih bermakna selain perpaduan dan hubungan silaturahim yang baik antara semua warga jabatan yang pastinya mampu melahirkan kecemerlangan dan kejayaan. InshaaAllah.

 

  • Tarikh kemaskini: Monday 18 September 2017, 01:47:47.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5732302
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
947
76543
130488
5732302

5.50%
4.10%
1.10%
1.06%
0.03%
88.20%

115 guests
no members

Your IP:54.156.58.187

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::