W3C

Dengar / Hear

Portal JAKESS menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

A) Pembaca teks (untuk kemudahan pengguna cacat penglihatan) ;

Fungsi - Membaca teks yang terdapat di dalam laman web ini, terutamanya ucapan, berita serta beberapa lagi kandungan yang lain. Pembaca teks tersebut akan menghasilkan bunyi yang dijana secara automatik supaya mereka yang tidak dapat membaca dengan jelas maklumat yang dipaparkan dapat mendengarnya. Anda boleh, samada menggunakan:

(a) Pautan ke pembaca teks luaran - Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon Text Reader W3C pada penjuru-atas kanan kotak kandungan tersebut. Klik padanya dan satu tetingkap seperti berikut akan muncul :

Tetingkap vozMe - Kemudahan Pembaca Teks untuk OKU

Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'. Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana. Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidak sempurna seperti ucapan manusia dan buat masa ini hanya perkataan Bahasa Inggeris yang disebut dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader - Dapatkan IE Page Reader di sini. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.