Bahagian Khidmat Pengurusan

Dengar / Hear

Unit ini berfungsi untuk memberikan satu perkhidmatan yang cekap dalam urusan pentadbiran dan sumber manusia bagi memastikan supaya pengurusan dan pelaksanaan program-program JAKESS berjalan lancar. 

 

OBJEKTIF KUALITI

a) Objektif

  • Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia bertanggungjawab menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan semua pegawai dan kakitangan tetap serta kakitangan kontrak bagi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
  • Unit ini juga memastikan segala butir-butir perkhidmatan pegawai dan kakitangan seperti urusan kenaikan pangkat, urusan tanggung kerja, urusan pemangkuan, pergerakan gaji,  lulus peperiksaan, rekod cuti, kehadiran kursus, pinjaman perumahan / komputer dan lain-lain yang berkaitan dapat direkodkan dengan baik dan teratur.

b) Objektif Kualiti Unit & Sasaran Kerja Tahunan Unit

  • “Mengemas kini Buku Rekod Perkhidmatan dalam tempoh 7 hari dokumen yang diperlukan diterima”
  • “Memastikan data-data penting dalam Buku Rekod Perkhidmatan dikemaskini dan teratur menggunakan sistem HRMIS iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia dalam talian”
  • “Memastikan semua pegawai dan kakitangan Jabatan mendapat peluang menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun”

 c) Senarai Perancangan Unit Tahunan

  •  Mengadakan Hari Bersama Kakitangan untuk semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November.

 

CARTA ORGANISASI