^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
jakess4
jakess 3
jakess 5
jakess 6
jakess 9
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

AKRAB

PENGENALAN

 

AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil :18/2005. Sejak dari tahun 2005 bebrapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB diorganisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS Selangor Akrab mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 23 pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA. Sehingga kini seramai 14 orang masih bertugas di JAKESS, manakala ahli yang lain telah bertukar ke agensi lain.

 

Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan ke rumah perlindungan wanita Baitul Ehsan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.

 

Sesungguhnya usaha membimbing dan membangunkan potensi modal insan merupakan satu usaha yang amat murni. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, semua pihak iaitu ketua jabatan, pegawai psikologi, pihak pengurusan sumber manusia dan ahli-ahli AKRAB perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. AKRAB merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :

 

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

 

1. AHLI

  1.   Tuan Saharuddin bin Selamat - Pengerusi
  2.   Y.A Tuan Salehan bin Haji Yatim
  3.   Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi 
  4.   Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim 
  5.   Tuan Mohd Suhail bin Mohd Najid
  6.   Puan Masroha binti Duki 
  7.   Puan Siti Rahmah binti Hussin
  8.   En. Aris Fadhilah bin Ramli  - Setiausaha
  9.   Puan Dayang Nurafni binti Mohd Dzolkifley
  10. Puan Salasiah binti Shamsuddin
  11. En. Zahrudin bin Mohamed Jawawi 
  12. En. Faizarul Nizam bin Azhari  
  13. En Nasha bin Tarikat
  14. En. Nor Khisamuddin bin Md Nor  
  15. Puan Puan Norsafia binti Shariff
  16. Puan Siti Rashidah binti Sarkom  
  17. Y.A Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar
  18. Puan Sri Kauthar binti Mohamad Banon
  19. Tuan Haji Harun bin Hashim                                                                   
  20. Puan Norliana binti Zaimon
  21. Puan Siti Kalthum binti Taib            

                                                          


2. OBJEKTIF


Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.


3. VISI

Menjadikan AKRAB sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.


3. MISI


a)  Melaksanakan aktiviti membimbing kepada warga organisasi;
b)  Membantu pegawai/kakitangan yang memerlukan bantuan dalam menghadapipermasalahan kehidupan;
c)  Bertindak sebagai pengantara antara pegawai/kakitangan dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
d)  Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.


4. FUNGSI


1. Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
2. Mengukuhkan nilai kendiri;
3. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
4. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
5. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
6. Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
7. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan  bantuan

 


  • Tarikh kemaskini: Friday 14 July 2017, 10:32:06.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5506341
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
1892
124657
151290
5506341

5.52%
3.95%
1.11%
1.09%
0.03%
88.30%

84 guests
no members

Your IP:23.20.193.33

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::