^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

Majlis Bersama Jabatan JAKESS

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan  serta   mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

  • Hal kebajikan
    Perihal mengadakan pusat penjagaan anak-anak kakitangan, kemudahan pantry atau kantin dan lain-lain
  • Hal kewangan
    Hal-hal mengenai pembayaran tuntutan elaun dan kemudahan perubatan atau peralatan serta isu pelarasan gaji dan lain-lain
  • Hal pentadbiran
    Kemudahan/keselesaan ruang pejabat, keselamatan tempat kerja, kebersihan, penggiliran dalam melakukan kerja, peluang untuk latihan dan kursus, isu pakaian di tempat kerja, khidmat kaunseling dan lain-lain.
  • Skim perkhidmatan dan perjawatan
    Hal berkaitan pengisian jawatan yang kosong, pemangkuan jawatan, pertambahan jawatan baru dan skim perkhidmatan yang berssesuaian dengan beban tugas dan lain-lain
  • Elaun dan kemudahan
    Perihal elaun lebih masa, bayaran insentif, imbuhan tetap khidmat awam., peperiksaan kesihatan untuk pegawai 40 tahun ke atas dan laian-lain
  • Hal perkhidmatan
    Hal berkaitan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), Anugerah Khidmat Cemerlang, Disiplin dan Tatatertib Laporan Penilaian Prestasi dan lain-lain

 

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

  1. Hubungan dan Sikap Yang Positif hasil dari suasana kerja yang harmonis di atas interprestasi yang jelas mengenai satu-satu tugas yang akan dijalankan.
  2. Kepuasan Pekerja apabila peluang yang diberi kepada pekerja menyuarakan pendapat serta bakat yang ditunjukkan oleh pihak pekerja diterima baik oleh Pihak Pegawai.
  3. Peningkatan Produktiviti hasil dari fasiliti yang mencukupi dan bertepatan dengan fungsi kerja untuk kegunaan pekerja.
  4. Penjimatan Kos apabila kos penyelenggaraan pejabat dikurangkan dengan budaya kerjasama dan perbincangan di pejabat
  5. Kemajuan Kerjaya Pekerja hasil dari peningkatan diri pekerja dari segi percakapan dan keyakinan apabila menjalinkan hubungan komunikasi berkesan dengan Pihak Pegawai.
  6. Sikap Hormat Menghormati hasil dari semangat silaturahim antara pengurusan dan pekerja
  7. Penyelesaian Masalah-masalah yang dicapai melalui perbincangan dan mencari idea bagi penyelesaian masalah.
  8. Kesetiaan para pekerja kepada organisasi apabila melihat Pihak Pegawai menunjukkan komitmen yang tinggi dan menghargai sumbangan para pekerja
  9. Perpaduan dan cohesiveness organisasi apabila Pihak Pekerja berusaha melakukan sesuatu atas kepentingan ramai.
  10. Mengurangkan Pengaduan hasil dari saluran yang disediakan untuk menerima maklum balas dan pengaduan dari pihak pihak awam.
  11. Mengurangkan Kes ‘Surat Layang’ kerana terdapatnya mekanisma keterbukaan Pihak Pegawai dalam menerima isu dari Pihak Pekerja.]

 

SENARAI AHLI MBJ WAKIL PENGURUSAN DAN  WAKIL PEKERJA 2010-2012

 

 

WAKIL PENGURUSAN 

Pengerusi

YAA Prof. Adjung Dato' Dr Mohd Na'im bin Haji Mokhtar   

Ketua Hakim Syarie

Ketua Pendaftar

Puan Noor Huda binti Roslan

Pegawai Teknologi Maklumat

Tuan Ahmad Zuhair bin A.Mubin

Penolong Pegawai Tadbir

Puan Dayang Nurafni bt Mohd. Dzolkifley

Penolong Pegawai Akauntan

Tuan Mahadhir bin Karim

Penolong PegawaiTadbir (Aset)

Puan Shahida Suhana binti Abdul Hamid

 

WAKIL PEKERJA

Hakim MTS                                  

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah

Gred LS 52 & LS 48)

YA Tuan Salehan bin Yatim         

Hakim MRS Hulu Selangor

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS 44)

Tuan Mohd Sohibul Kahfi bin Hussin

 

Pegawai Sulh MRS Petaling Jaya                                 

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS 41)

Tuan Husaini bin Roslin

 

 

Penolong Pendaftar MRS Hulu Langat

 (Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pendaftar Syariah (Gred LS27 dan  LS 32)

Encik Faizarulnizam bin Azhari

 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Gred FT17)  

Puan Nor Kamilah binti Othman

Pembantu Tadbir (P/O) N22

(Wakil Skim Perkhidmatan Pen. Pegawai Perhubungan Awam S27 / Pem. Tadbir (W) Gred W22/ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22)

Puan Rubiah binti Baharuddin

Pembantu Syariah MRS Gombak Barat

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Syariah

Gred LS 22/LS17)

 Puan Nor Irdawati binti Mohd Kasim

 

Pembantu Setiausaha Pejabat MRS Kuala Langat

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N27/ N22/ N17)

Puan  Siti Rosnah binti Md Salim

           

 

Pembantu Tadbir  (W) MRS Sepang

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (W) Gred W17)

Puan Noriyah binti Romainon

 

Pembantu Tadbir (P/O) MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17)

Encik Khirman bin Yunus                             

Pembantu Perpustakaan  MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Jurubahasa Gred L 17)/ Pemb.Perpustakaan Gred S17/ Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17/ Juruteknik Gred J17)

Puan Siti Murni binti Mohd Maghrib

           

 

Penghantar Notis MRS Shah Alam

(Wakil Skim Perkhidmatan Penghantar Notis

Gred N14/ N11)

Encik Muhamad Hambali bin Abdul Gani

Pembantu Am Pejabat  MRS Gombak Barat

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Am Pejabat Gred N11)

 Puan Norhanim bin Miskhan                                       

Pemandu MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Pemandu Gred H11)

Encik Mohd Zulkarnain bin Shahdan

 

  • Tarikh kemaskini: Monday 18 September 2017, 01:47:47.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5732250
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
895
76491
130488
5732250

5.50%
4.10%
1.10%
1.06%
0.03%
88.20%

93 guests
no members

Your IP:54.156.58.187

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::