PENGENALAN
AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil :18/2005. Sejak dari tahun 2005 bebrapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB diorganisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS Selangor Akrab mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 23 pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA. Sehingga kini seramai 14 orang masih bertugas di JAKESS, manakala ahli yang lain telah bertukar ke agensi lain.
Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan ke rumah perlindungan wanita Baitul Ehsan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.
Sesungguhnya usaha membimbing dan membangunkan potensi modal insan merupakan satu usaha yang amat murni. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di agensi, semua pihak iaitu ketua jabatan, pegawai psikologi, pihak pengurusan sumber manusia dan ahli-ahli AKRAB perlu sentiasa bekerjasama antara satu sama lain. AKRAB merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :
A : Amanah
K : Komitmen
R : Rasional
A : Akhlak
B : Bestari
1. AHLI
1. Puan Nenney Shuhaidah binti Samsudin
2. Tuan Salehan bin Haji Yatim
3. Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim
4. Tuan Muhamad Nazri bin Basrawi
5. Puan Siti Rahmah binti Hussin
6. Puan Masroha binti Duki
7. Tuan Mohd Suhail bin Mohd Najid
8. En. Zahrudin bin Mohamed Jawawi
9. Puan Sri Kauthar binti Mohamad Banon
10. En. Aris Fadhilah bin Ramli
11. En. Faizarul Nizam bin Azhari
12. Tuan Haji Harun bin Hashim
13. Puan Norliana binti Zaimon
14. Puan Salasiah binti Shamsuddin
15. Puan Siti Kalthum binti Taib
16. Puan Puan Norsafia binti Shariff
17. En. Nor Khisamuddin bin Md Nor
18. Puan Siti Rashidah binti Sarkom
19. En. Nasha bin Tarikat
18.
2. OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
3. VISI
Menjadikan AKRAB sebagai penggerak kepada pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
3. MISI
a) Melaksanakan aktiviti membimbing kepada warga organisasi;
b) Membantu pegawai/kakitangan yang memerlukan bantuan dalam menghadapipermasalahan kehidupan;
c) Bertindak sebagai pengantara antara pegawai/kakitangan dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
d) Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
4. FUNGSI
1. Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
2. Mengukuhkan nilai kendiri;
3. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
4. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
5. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
6. Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
7. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan