Shah Alam, 20 November 2018 - Tahun ini julung kalinya JAKESS menghantar kontinjen wanita bagi menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1440 Hijrah. Dengan kekuatan seramai 40 orang, kontinjen JAKESS cantik berbusana jubah seluar gabungan warna merah dan peach.
Seawal pukul 5 pagi kontinjen mula berkumpul di bangunan ibu pejabat JAKESS dan mula bergerak ke Stadium Shah Alam sekitar jam 6.30 pagi. Semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung sebagai tanda mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta menggambarkan ikatan ukhuwah yang erat terjalin antara warga JAKESS