^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

JAKESS PERSIAPKAN PEGAWAI HADAPI RISIKO KEMUSNAHAN REKOD AKIBAT BENCANA

Shah Alam, 8 Oktober 2018 - Menyedari pentingnya memelihara dan memulihara rekod-rekod kerajaan terutamanya ketika menghadapi bencana, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana melibatkan semua Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia (ANM). Kursus selama dua hari bermula 8 Oktober 2018 yang turut mendapat bimbingan Encik Zamzurizaid Yazed selaku fasilitator daripada ANM itu antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod-rekod kerajaan selaras dengan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007. Ini penting bagi JAKESS selaku jabatan yang banyak menyimpan rekod-rekod penting seperti perintah mahkamah, catatan hakim dan alasan penghakiman. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan rekod penting bagi melindungi rekod daripada sebarang kemusnahan seperti akibat banjir, kebakaran, tanah runtuh, serangan makhluk perosak, vandalisme, faktor kimia dan sebagainya. Dalam kursus tersebut peserta turut didedahkan dengan teknik pengeringan yang digunakan iaitu sidai, helaian dan haba bagi menyelamatkan rekod-rekod akibat bencana.

  • Tarikh kemaskini: Wednesday 31 October 2018, 08:07:58.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::