^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

MUNAQASYAH KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NEGERI SELANGOR KALI KE-11 TAHUN 2017

4 Oktober 2017 – Munaqasyah Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Selangor Kali ke-11 Tahun 2017 telah diadakan pada 2-4 Oktober 2017 di Hotel Premiere, Klang. Tema  munaqasyah pada tahun ini ialah Merealisasikan Agenda Transformasi Kehakiman Dan Perundangan  Syariah. Munaqasyah ini adalah program tahunan yang terdiri daripada 108 orang Pegawai dan Penolong Pegawai Syariah yang berkhidmat di Negeri Selangor yang ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor (JBGS), Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato‘ Dr Ahmad Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi pada 2 Oktober 2017. Manakala majlis penutup telah dirasmikan oleh Y.A.D. Dato’ Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor pada 4 Oktober 2017.

Sepanjang program tersebut berlangsung, beberapa kertas kerja telah dibentangkan yang melibatkan isu terkini dan usaha-usaha untuk melaksanakan transformasi institusi kehakiman dan perundangan Syariah di negeri Selangor. Kertas kerja tersebut ialah:

1) Ybhg. Dato‘ Setia Salehuddin bin Saidim (Ahli Majlis Agama Islam Selangor) – Memacu Transformasi Institusi Perundangan dan Kehakiman Syariah Selangor;

2) YBhg. Dr Arik Sanusi bin Yeop Johari  (Pengarah Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara) - Pindaan Akta 164: Kesan dan Implikasi; dan

3) YBhg.Tuan Haji Mohamed Izam bin Mohamed Yusof (CEO IAP Integrated Sdn Bhd) - Pembangunan dan Peningkatan Prestasi Organisasi Secara Strategik.  

  

  

  

 

 

  • Tarikh kemaskini: Wednesday 15 November 2017, 08:50:08.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5997613
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
2469
91056
134455
5997613

5.65%
4.33%
1.10%
1.04%
0.03%
87.85%

128 guests
no members

Your IP:54.162.166.214

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::