^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

SEMANGAT MEMBARA KONTINJEN SELANGOR HADAPI SMS-4

Shah Alam, 9 Ogos - Kontinjen Selangor optimis meraih 7 pingat emas dalam Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia Kali Ke-4 (SMS4) yang akan diadakan pada 10 hingga 13 Ogos 2017 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

Dengan slogan ‘Selangor Gempur’, kontinjen Selangor dengan kekuatan seramai 122 atlet telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan dwi tahunan tersebut dengan menyertai kesemua 17 acara yang dipertandingkan tahun ini.

Pemangku Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor YA Tuan Mohammad Adib bin Husain berkata, beliau mahu setiap atlet mempamerkan semangat sukan yang tinggi namun dalam masa yang sama memastikan matlamat penganjuran sukan iaitu merapatkan ukhuwah dalam kalangan atlet dan kontinjen tercapai. 

“Dalam kita bersemangat meraih kemenangan, jangan sampai menimbulkan sebarang perbalahan, sebaliknya ikatan ukhuwah itu yang lebih diutamakan,” Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Pelepasan Atlet Kontinjen Selangor yang diadakan di ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Kontinjen YA Tuan Salehan bin Yatim semasa taklimat kepada para atlet berkata, pelbagai pembaharuan dibuat kali ini bagi mempersiapkan Kontinjen Selangor menghadapi temasya sukan tersebut seperti mengadakan latihan intensif, kem atlet dan struktur jawatankuasa yang lebih jelas n efisyen.

Justeru, beliau mengharapkan agar para atlet berusaha dengan bersungguh-sungguh di samping menjaga disiplin, akhlak dan sentiasa patuh Syariah sepanjang kejohanan berlangsung.

Untuk rekod, Temasya Sukan Mahkamah Syariah Malaysia diadakan setiap dua tahun sekali melibatkan Mahkamah Syariah seluruh negara. Tahun ini Melaka menjadi tuan rumah dengan keseluruhan 17 acara dipertandingkan.

 

DIKELUARKAN OLEH:

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

 

  • Tarikh kemaskini: Wednesday 15 November 2017, 08:50:08.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5997597
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
2453
91040
134455
5997597

5.65%
4.33%
1.10%
1.04%
0.03%
87.85%

129 guests
no members

Your IP:54.162.166.214

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::