^Back To Top
Malay Arabic English
A- A A+
  • 1 Makluman Pertukaran Ketua Hakim Syarie Selangor
    Sukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Arif Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar telah memulakan tugas sebagai Ketua Hakim Syarie Selangor yang baharu berkuat kuasa pada 16 November 2014 bagi menggantikan Yang Amat Arif Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Harap maklum. Terima Kasih
  • 2 Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat JAKESS
    Sebutharga Penyelenggaraan Alat Penghawa Dingin (Split Unit) Di Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan
  • 3 Lorem ipsum dolor...
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur...
baner

PROGRAM KHATAM AL-QURAN DAN IHYA’ RAMADHAN 2017

Pada 16 Jun 2017 bersamaan 21 Ramadhan 1438H, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) dan Kelab Pembangunan dan Kecemerlangan Jabatan (KPKJ) telah menganjurkan Program Khatam al-Quran dan Ihya’ Ramadhan bagi Tahun 2017. Program yang diadakan di Dewan Muktamar, Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam itu dimulai dengan Solat Fardhu Asar secara berjemaah dan diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh YA Tuan Salehan Yatim, Yang Dipertua BAKEMAS.

Selanjutnya, program yang diadakan setiap tahun itu diteruskan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Sahibul Samahah Dr. Anhar Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor.

Terdahulu YAA Prof. Adjung Dato’ Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor telah sudi menyampaikan amanat dan sekali gus merasmikan program berkenaan.

 

Sempena program tersebut, pihak penganjur telah mendapat sumbangan untuk berbuka puasa daripada pelbagai individu untuk mereka menambahkan pahala di bulan Ramadhan ini. Pihak penganjur mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kehadiran yang lebih ramai lagi dari kalangan warga JAKESS. Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kerjasama dan usaha yang diberikan akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

  • Tarikh kemaskini: Monday 18 September 2017, 01:47:47.
Ikuti kami di media sosial
 
        

 

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

Persiaran Masjid, Seksyen 5

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708 

Faks : (603) 55105620

Jumlah Pelawat

5732258
Hari Ini
Bulan Semasa
Terkini
Keseluruhan
903
76499
130488
5732258

5.50%
4.10%
1.10%
1.06%
0.03%
88.20%

99 guests
no members

Your IP:54.156.58.187

Paparan terbaik menggunakan :

IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan

::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor::