i.
Pastikan pelanggan adalah bermukim/ bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:
  » Kad Pengenalan
  » Resit Pengenalan Sementara
  »
Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan).
  » Bil-bil elektrik dan air sahaja.
  » Pengesahan majikan (Tentera/ polis)
   
ii.
Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap pendaftaran kes mal telah lengkap dan ditandatangani.
iii.
Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
iv.
Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya
v.
Setiap salinan dokumen yang disertakan hendaklah disahkan.
vi.
Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.
 
 

“Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami dipenjara selama tempoh 3 tahun atau lebih ialah Seksyen 52(1) (c) Enakmen Keluarga Islam Selangor 4/84”

   
   

Pengklasfikasian Kes-Kes Saman Dan Permohonan Mahkamah Syariah Selangor

   
A.

Kes-Kes Saman

  Tuntutan Mohon Cerai
Tuntutan Sah Cerai
Tuntutan Cerai Ta’liq
Tuntutan Cerai Fasakh
Tuntutan nafkah
Tuntutan Hadhanah
Tuntutan Poligami
Wali Enggan
Engkar Pertunangan
   
B. Kes-Kes Permohonan
  Ubah Perintah
Penghinaan Mahkamah
Anggapan mati
Perintah Tegahan
Wali Hakim
Notis tunjuk sebab
Pengesahan Nikah
Injunksi
Permohonan Ex-Parte
Bertindak sebagai orang miskin.
   
 
   

 

 

[utama]


© Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel