    
|
|
Pendaftar
menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa
atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-
• |
Kesalahan
dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen
berkuatkuasa; |
| • |
Kesalahan
dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan
Mahkamah; |
| • |
Hukuman
maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia
Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi
dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali |
| • |
Permohonan
disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan
kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah,
tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan. |
Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.
Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh
hadir, perbicaraan dimulakan;
| • |
Baca
pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh; |
| • |
Pastikan
Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya; |
| • |
Jika
Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan
sekali lagi sehingga faham; |
| • |
Orang
Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta
dibicarakan; |
| • |
Jika
mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan
salah; |
| • |
Pendakwa
Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan; |
| • |
Sekali
lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
|
| |
› |
Jika
bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang
dikenakan, |
| |
› |
Orang
Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang
akan dikenakan, |
| |
› |
Pendakwa
Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena
Tuduh. |
| • |
Hakim
jatuhkan hukuman. |
Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes
dibicarakan;
| • |
Dengar
pemeriksaan utama Pendakwa Syarie; |
| • |
Dengar
pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); |
| • |
Dengar
pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada); |
| • |
Hakim
perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan
kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie; |
| • |
Jika
kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh
tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan; |
| • |
Jika
kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh
diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu |
| |
› |
Memberi
keterangan bersumpah; atau |
| |
› |
Memberi
keterangan tidak bersumpah; atau |
| |
› |
Berdiam
diri. |
| • |
Sekiranya
Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh
boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena
Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada); |
| • |
Sekiranya
Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas
dan soal semula; |
| • |
Sekiranya
Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi
Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh
Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh
(jika ada); |
| • |
Setelah
selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah
Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah
Orang Kena Tuduh; |
| • |
Hakim
memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
|
| • |
Jika
Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya
Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman; |
| • |
Mana-mana
pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi
Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari. |
[utama]
©
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel
|
|