| Undang-undang
ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan perkahwinan
kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas
akad nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya
sijil perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan
kepada kadi dalam masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai
akan dikeluarkan kepada mereka yang berkenaan. Sekiranya ini tidak
dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda tidak melebihi
daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk
membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah
kadi.
Pada
tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah
dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya
masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu
Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.
Pada
tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan,
dengan itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952
dengan nama Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor
No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan pada 5 Disember 1952. Dengan
adanya undang-undang ini maka termansuhlah undang-undang terdahulu
daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami
pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962,
1966, 1972 dan pada 1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan
mengemaskinikan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor.
|