1.
Pelanggan akan diberi tarikh sebutan, bicara @ Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan;
 
2.
Kes Mal akan mula disebut @ mula dibicarakan @ dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 21 hari selepas didaftarkan;
 
3.
Kes Saman Jenayah akan mula disebut @ mula dibicarakan dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan;
 
4.
Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun;
 
5.
Sijil Perakuan Faraidh sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan;
 
6.
Surat Kebenaran Berkahwin ditandatangani oleh Hakim dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan kecuali diperintahkan sebaliknya;
 
7.
Perintah Perbicaraan bagi kes perbicaraan boleh diberikan dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan;
 
8.

Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan pendengaran dalam tempoh 21 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.

 

 

[utama]



© Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel