Assalamualaikum
dan Selamat Datang.
Pertamanya
saya ingin merafakkan syukur ke hadrat Allah , kerana dengan taufiq dan
hidayah-Nya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dapat menubuhkan
laman webnya sendiri untuk tatapan dan makluman bukan sahaja kepada masyarakat
Islam Negeri Selangor khasnya tetapi juga untuk semua masyarakat majmuk
Malaysia amnya dan di mana jua berada.
Tujuan
pembinaan laman web ini adalah untuk memberi maklumat yang tepat, cepat
dan telus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kes-kes di
Jabatan ini dan disamping itu memberi kemudahan kepada orang ramai dan
khususnya kepada mereka yang ingin berurusan dengan Jabatan ini bagi menyelesaikan
sesuatu masalah atau pertikaian ataupun mengenai sesuatu tuntutan atau
pembelaan di Mahkamah ini.
Matlamat
pembinaan laman web ini adalah untuk menjadi wadah komunikasi kepada masyarakat
dengan maklumat yang terkini, perkara-perkara yang berhubung kait dengan
kes-kes Mahkamah Syariah Selangor, disamping memperolehi maklumbalas dengan
segera dan mudah.
Saya
percaya melalui laman web ini, selain dapat memperkenalkan JAKESS dari
segi objektif, fungsi dan misinya, sekaligus ia akan dapat memberi pengetahuan
yang berguna kepada orang ramai dalam mengadakan interaksi dengan Jabatan
ini.
Akhir
kalam, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina dari semua pihak
dalam memajukan lagi pengisian dan mutu laman web Jabatan kami.
Salam hormat dari,

Y.A.A Dato' Haji Zohdi bin Haji Toha, DPMS., PJK.
Ketua
Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
khs@jakess.gov.my
|