Pensijilan MS ISO 9001:2000
 
   
   
     
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Dengan menyahut seruan kerajaan , Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengorak setapak kehadapan apabila dianugerahkan Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti (Quality System Registration Quality) atau Sijil MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada 24 /06/2004 .

Ini sejajar dengan kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1996 yang mana memastikan setiap jabatan kerajaan mengamalkan pengurusan yang berkualiti dan mendapat pengiktirafan ISO. Namun penyampaian sijil tersebut disampaikan dengan rasminya pada 17/09/2004 di dalam satu majlis penyerahan ISO iaitu Majlis SIRIM Industri Sesi Kedua anjuran SIRIM di Sunway Lagoon Resort Hotel. Sijil tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Jamaludin bin Mohd Jarjis Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi kepada JAKESS.

Sijil MS ISO 9001:2000 diserahkan pula kepada 12 buah Mahkamah terdiri daripada 10 buah Mahkamah Rendah Syariah Daerah dan sebuah Mahkamah Tinggi Syariah. Penyerahan sijil tersebut telah dibuat pada 13/10/2004 dalam sebuah Majlis Makan Malam yang bertempat di Kelab Shah Alam ,Selangor oleh YB Dato’ Mohd Adzib bin Mohd Isa , Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor