| Penceraian : | ||||
| Soalan | Bila surat cerai akan dikeluarkan? |
| Jawapan | Pengeluaran
surat cerai adalah dalam bidangkuasa Pejabat Agama Islam Daerah. Mahkamah
tidak mengeluarkan surat cerai. |
Soalan
|
Apakah
yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh
berlaku? |
| Jawapan | Ta’liq
ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut
Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran
ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah. |
| Soalan | Apakah Hak-Hak Isteri Selepas Penceraian? |
| Jawapan |
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas
sesuatu penceraian berlaku ialah :
a)
Nafkah eddah |
| Soalan | Bagaimanakah
bentuk Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) yang terdapat dalam Islam yang
dipraktikkan di Mahkamah Syariah? |
| Jawapan | Penceraian
yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam
Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut :
a) Penceraian dengan
lafaz Talaq |
| Soalan | Apakah makna Perceraian (Talaq)? |
| Jawapan | Talaq
ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya
berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian
boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran),
begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau
talaq ba’in. |
| [Ke atas] |
| Perkahwinan : |
| Soalan | Apakah sebab-sebab seseorang perempuan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran wali Hakim dari Mahkamah Syariah ? |
| Jawapan | Permohonan
Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :
a) Tiada wali yang
sah dari nasab |
| Soalan | Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati? |
| Jawapan | Anggapan
mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai
telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama
tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan
itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan
anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah |
| [Ke atas] |
| Fasakh : |
| Soalan | Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh? |
| Jawapan |
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu
perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang
mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :
a)
Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun. |
| [Ke atas] |
| Li'an : |
| Soalan | Apakah maksud Li'an? |
| Jawapan | Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan hukuman qadlif, jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini, suami boleh menggunakan acara li'an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya. Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, dalam hukumannya. Hakim Syarie itu akan memerintahkan mereka farak dan dipisahkan dan tinggal berasingan selama-lamanya. |
| [Ke atas] |
| Umum : |
| Soalan | Bila surat penghakiman atau perintah dikeluarkan setelah kes selesai? |
| Jawapan | Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai dengan permohonan. Perintah Mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai). Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah. |
| Soalan | Kenapa Mahkamah tak bayar nafkah sedangkan perintah telah dikeluarkan? |
| Jawapan | Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan datang dari pihak suami bukan Mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di Mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan dan sebagainya sepertimana yang dipohon. |
| Soalan | Kenapa seseorang tidak dibenarkan berjumpa dan mengadu dengan Hakim secara terus? |
| Jawapan | Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa hakim ialah apabila kes anda disebut/dibicarakan di dewan Mahkamah semasa Mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes, bolehlah berjumpa dengan pihak Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pembantu Pendaftar. |
| Soalan | Apakah Kes Faraid? |
| Jawapan | Kes
Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian
harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya.
Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
a) Harta tak alih
seperti tanah dan rumah |
| Soalan | Apakah Jenis Pendaftaran Kes MAL? |
| Jawapan | Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh
dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
a) Tuntutan Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal
yang dimulakan dengan Saman beserta penyata tuntutan. Pernohonan ialah
tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis
permohonan beserta afidavit sokongan. |
| Soalan | Apakah syarat-syarat sesuatu kes Mal boleh didaftarkan di Mahkamah Syariah? |
| Jawapan | Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin. |
| Soalan | Apakah sebab-sebab kelewatan kes berlaku di Mahkamah- Mahkamah Syariah? |
| Jawapan | a)
Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Defendan/Responden. b) Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar Negeri Selangor. c) Plaintif atau Defendan mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah. d) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan. e) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti sakit. f) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti kecemasan. g) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk melantik peguam. h) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen. i) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina. j) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir. k) Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit. l) Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan. m) Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi. n) Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu. o) Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi. p) Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam. q) Saman kepada OKT tidak dapat diserahkan. r) Waran tangkap tidak dapat diserahkan. s) Afidavit penyampaian kepada OKT tidak difailkan apabila membabitkan luar negeri. t) Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini OKT. u) Hakim cuti kecemasan. v) Hakim cuti sakit. w) Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak/peguam tidak hadir tanpa sebab. x) Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran. |
| Soalan | Berapa lama proses panggilan untuk sebutan setelah kes didaftarkan? |
| Jawapan | Pada kelazimannya, sebutan akan akan dibuat dalam masa 21 hari selepas pendaftaran disempurnakan. |
| [Ke atas] |
| [utama] |
| © Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel |