Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor mempunyai bidangkuasa di Seluruh Negeri Selangor. Peruntukan ini terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Berkenaan dengan jenis bidang kuasanya, ianya terbahagi kepada dua iaitu bidangkuasa jenayah dan bidangkuasa mal/sivil. Seksyen 61(3)(a) & (b) telah memperuntukkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi Syariah. Peruntukkan tersebut berbunyi:

67(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En. No.9/1995] atau di bawah mana-mana undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan

(i) Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri.

(ii) Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

iii) Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

(iv) Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

(vi) Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam;

(vii) Wakaf atau nazr;

(viii) Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

(ix) Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian farta pusaka seseorang yang matu yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;

(x) Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi seorang Islam;

(xi) Pengishtiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

(xii) Pentadbiran masjid-masjid; dan

(xiii) Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang undang bertulis.

 

 

[utama]


© Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel