Mahkamah
Rayuan Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa
rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah
dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya
dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan
Seksyen 67(1), Seksyen 67(2) dan Seksyen
67(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003.
Seksyen
67(1) Seksyen
67(2) Seksyen
67(3) Mahkamah Rayuan Syariah juga mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah. Hal ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 68(1) dalam Akta yang sama. Seksyen tersebut telah memperuntukkan bahawa: Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenai apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
© Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel |
||||