| “BSK
komited untuk bertindak sebagai Agensi utama dalam menjadikan Malaysia
sebagai Negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan
ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh,
berakhlak , sihat, berilmu dan harmoni”
OBJEKTIF
PENUBUHAN BSK
-
Merealisasikan
pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah
yang melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan.
-
Meningkatkan
status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek
pematuhan perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan.
-
Mengatasi
masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan
perintah kehakiman.
-
Memelihara
hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam institusi
kekeluargaan;
-
Menyelesaikan
dan mengenalpasti masalah pemiutang penghakiman terutama yang
melibatkan nafkah dan seumpamanya;
-
Memberi
khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat
dari segi prosedur undang-undang, hukum syarak, perlaksanaan
tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan kekeluargaan
Islam samada individu atau orang awam.
|