  |
|
BAKEMAS,
Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan
Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor
Darul Ehsan. Ia ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai
oleh seorang Yang Dipertua (YDP). YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan
(Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk
menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996. Selepas
16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah
dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. Y.A Tuan Haji Mukhyuddin
bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga
2004. Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh Y.A Tuan Haji
Saarani Bin Ismail setelah Y.A Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan
sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
MATLAMAT
BAKEMAS
1. |
Menyatukan
kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan
kekeluargaan Islam yang akrab. |
2. |
Meninggikan
mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan,
pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan. |
3. |
Menanam
dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha
menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat
Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah. |
4. |
Memelihara
hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli. |
5. |
Memberi
sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat
dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan
undang-undang Negara. |
6. |
Berusaha
untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam
atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini. |
7. |
Menjalankan
kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan
dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll). |
8. |
Persatuan
ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik. |
DASAR PERSATUAN
"Mengikut
Hukum Syarak"
MOTTO
"Kesejahteraan
dan Ketaqwaan"
[utama]
©
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel
|