Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mewujudkan satu unit yang menguruskan dan mengendalikan segala aduan pelanggan. Tatacara Pengendalian Aduan Pelanggan telah diwujudkan bagi memastikan proses pengendalian aduan pelanggan dijalankan dengan cekap dan berkesan seterusnya menentukan tindakan pembetulan dan pencegahan serta penambahbaikan berterusan pada aduan tersebut dilaksanakan dengan berkesan dan dinilai status serta keberkesanannya

Terkini, unit yang diketuai oleh Tuan Mohamad Ridzuan bin Zainudin dengan kerjasama semua penolong pegawai telahpun menjalankan bulan maklumbalas pelanggan dan mempromosikan alternatif aduan pelanggan di email aduan@jakess.gov.my

Selain dari mengkaji tahap kepuasan hati pelanggan, unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan sebarang majlis yang melibatkan pihak JAKESS dengan pihak luar dan sehingga kini amatlah mengalu-alukan sebarang respon yang datang dari pihak dalam mahupun luar jabatan demi untuk meningkatkan mutu dan efiseinsi kerja dari masa kesemasa.

|Borang Aduan Pelanggan JAKESS|

 
   

 

 

[utama]


© Jabatan Kehakiman Syariah Selangor| e-mel