Bahagian Latihan, Inovasi & Tranformasi

  • Pengenalan

    Bahagian ini bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan memantau program-program latihan Jabatan yang berbentuk kursus/latihan/bengkel/seminar/taklimat yang disasarkan kepada semua pegawai dan kakitangan Jabatan ini.

    Di samping merancang kursus/latihan/bengkel/seminar/taklimat anjuran Jabatan, Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan pegawai dan kakitangan yang perlu menghadiri program latihan yang dianjurkan oleh agensi luar.

    Objektif Kualiti Bahagian yang keempat telah dipinda daripada memastikan semua pegawai dan kakitangan mendapat peluang berkursus lima (5) hari setahun kepada memastikan semua pegawai dan kakitangan mengikuti sekurang-kurangnya sehari kursus berbentuk Pendidikan Islam.

    Pindaan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bagi tahun 2020 dan juga merujuk kepada Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh pada 29 Februari 2016 dengan nombor rujukan JPA(1)1.175/4/1-1Klt.22(38) yang bertajuk Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.

  • Fungsi Bahagian

    1. Mewujudkan Pelan Operasi Latihan Jabatan yang komprehensif meliputi semua gred dan perjawatan;
    2. Merancang program latihan yang komprehensif setiap lima(5) tahun sekali menggunakan kaedah Kajian Analisis Latihan (Training Need Analysis (TNA)) meliputi semua gred dan perjawatan;
    3. Merancang program latihan setiap tahun menggunakan kaedah Kajian Analisis Latihan (Borang TNA4) meliputi semua gred dan perjawatan;
    4. Membuat anggaran perbelanjaan untuk progra latihan yang telah dirancang;
    5. Melaksanakan program latihan yang telah dirancang berdasarkan Takwim Jabatan;
    6. Mentadbir urus undangan menghadiri/ menyertai program latihan anjuran agensi luar;
    7. Memantau program latihan yang diurus setiakan oleh Bahagian/ Seksyen/ Unit lain jabatan;
    8. Mewujudkan Pelan Tindakan Inovasi Jabatan dan Pelan Transformasi Jabatan; dan
    9. Melaksanakan aktiviti inovasi dan memantau program transformasi Jabatan.
  • Carta Organisasi