| Seksyen Rekod |
|
|
|
|
Pengenalan Seksyen Rekod ialah unit yang bertanggungjawab menjadikan sistem pengurusan rekod JKSN/MSN teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti. Unit Rekod diwujudkan di JAKESS pada Januari 2009 dengan pengisian jawatan untuk unit ini.
Kekuatan a) Bilangan kakitangan mengikut waran perjawatan telah diisi seperti berikut; 1. Penolong Pegawai Syariah Gred LS27 (Jawatan Tetap) 2. Pembantu Syariah Gred LS17 (Jawatan Tetap)
Pencapaian a)Objektif Unit 1) Menguruskan proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan penjilidan rekod pengurusan kes mengikut prosedur yang ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan pendengaran kes, penyelidikan dan pengurusan.
2) Menguruskan rekod-rekod dalam kumpulan nilai utama (primary value) kerana ia penting kepada JKSN/MSN selaku agensi pewujud untuk kegunaan urusan pentadbiran, perundangan dan kewangan JKSN/MSN
3) Untuk memberikan perkhidmatan pengurusan rekod perundangan yang cekap dan efisyen yang mengandungi maklumat penting asal usul jabatan, organisasi, fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh JKSN/MSN, di mana menarik minat penyelidik yang ingin mengetahui sumbangan JKSN/MSN dalam sejarah sosio ekonomi Negara. 4) Memberi khidmat nasihat kepada jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang bersistematik dan berkesan. 5) Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada warga kerja JKSN/MSN, para penyelidik dan orang awam. 6) Ke arah mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan terhadap sejarah JKSN/MSN, sekaligus memantapkan lagi semangat patriotik kepada Malaysia. |
Log Masuk (Staf Sahaja)
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Undian
Jumlah Pengunjung






Siapa Di Talian
Kami ada 13 tetamu onlineDasar
Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
PENAFIAN: JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620
Tarikh dikemaskini :
14hb Mei 2013
































