EnglishArabicMalay

Info Jabatan

Joomla Slide Menu by DART Creations

Multimedia

Pautan Agensi

mygov


   
 
BAKEMAS PDF Cetak E-mail

BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ia ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP). YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996. Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. Y.A Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004. Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh Y.A Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah Y.A Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

MATLAMAT BAKEMAS

1.
Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.
2.
Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.
3.
Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.
4.
Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.
5.
Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.
6.
Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.
7.
Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).
8.
Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.

 



DASAR PERSATUAN

"Mengikut Hukum Syarak"

 

MOTTO

"Kesejahteraan dan Ketaqwaan"

 

 

KEAHLIAN

1.      Ahli Biasa - Setiap kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Darul Ehsan dengan sendirinya menjadi ahli persatuan.

2.      Ahli Kehormat – Lantikan boleh dibuat kepada mereka yang difikirkan sesuai dan layak kerana jasanya kepada persatuan ataupun khidmat baktinya kepada masyarakat.

PEMBATALAN AHLI

  • Seseorang ahli boleh dibatalkan keahliannya sekiranya:
  • Ditamatkan perkhidmatannya atau berpindah ke Jabatan lain.
  • Berkelakuan tidak baik dan menjatuhkan imej persatuan.
  • Menggunakan persatuan sebagai alat untuk kepentingan diri.

FAEDAH KEBAJIKAN AHLI-AHLI

1.      Persatuan boleh memberi sebarang sumbangan kepada semua ahli-ahlinya yang difikirkan munasabah dan layak menerimanya. Sumbangan ini hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa induk mengenai bentuk dan jumlah sumbangan yang akan diterima oleh ahli mengikut keadaan semasa dan kewangan persatuan.

 

2.      Asas pemberian sumbangan adalah berdasarkan:

  • Kecemasan – kemalangan, kebakaran, kecurian, kehilangan (ahli sahaja)
  • Perkahwinan – ahli dan anak
  • Kelahiran – anak ahli sahaja
  • Kematian – Suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak ahli
  • Lain-lain yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Induk

 

3.      Pinjaman kepada ahli

 

JAWATANKUASA INDUK SESSI 2010-2011

  • Yang Dipertua                               -           Y.A Tuan Zainor Rashid Bin Hassin
  • Timbalan Yang Dipertua                -           Tuan Azmi Bin Aziz
  • Setiausaha Agung                         -           Tuan Mohd Nurulazhar Bin Mohd Tohar
  • Penolong Setiausaha Agung         -           Puan Noraini Binti Mizlan
  • Bendahari                                      -           Haji Nasha Bin Tarikat
  • Exco Pendidikan/ Dakwah              -           Encik Aris Fadhilah Bin Ramli
  • Exco Sukan/ Kebudayaan              -           Encik Mohd Soleh Bin Bahari
  • Exco Penerbitan/ Penerangan       -           Tuan Kamarulzaman Bin Ali
  • Exco Kebajikan                               -           Encik Muhammad Fuad Bin Abdul Latip
  • Exco Hal Ehwal Wanita                   -          Puan Ana Faiza Binti Md Nor
  • Exco Ekonomi                                  -          Encik Mohd Isham Bin Ismail
  • Pemeriksa Kira-Kira (1)                   -           Puan Maryati Binti Hj Adnan
  • Pemeriksa Kira-Kira (2)                   -           Encik Mohd Azrul Azrin Bin Mohd Bakkeri

 

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

1.      Serahan Sumbangan Sempena Kelahiran, Perkahwinan dan Kematian

2.      Seminar Penerapan Sikap Positif – Being Marvellous pada 30hb Julai 2010

3.      Semarakkan Ramadhan 1431H

4.      Sambutan Aidilfitri Jakess 1431H pada 2hb Oktober 2010

5.      Ceramah Isra’ Mikraj

6.      Sukan Indoor Jakess pada 22hb April 2011

7.      Hari Keluarga Jakess pada 30hb April 2011

 

AKTIVITI MINGGUAN

1.      Sukan badminton setiap Isnin malam Selasa di Kelab Sukan SUK

 

AKTIVITI BULANAN

1.      Kelas Pengajian fiqh Wanita pada hari Jumaat minggu pertama bertempat di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

2.      Perlawanan Persahabatan Futsal bersama kakitangan Bahagian ICT SUK

3.      Perlawanan Persahabatan Badminton dengan pasukan badminton agensi-agensi kerajaan yang lain.

 

PERANCANGAN 2011

1.      Semarakkan Ramadhan 1432H pada 19hb Ogos 2011

2.      Sambutan Aidilfitri Jakess 1432H pada 26hb September 2011

3.      Sambutan Hari Raya Korban pada 8hb November 2011

4.      Mesyuarat Agong BAKEMAS pada 23HB Disember 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Log Masuk (Staf Sahaja)



Kalendar Aktiviti

Last month May 2013 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Waktu Berurusan

 

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum
Kod QR JAKESS

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Bagaimana prestasi JAKESS setakat ini?
 

Jumlah Pengunjung

372939
IP anda :184.73.74.47

Siapa Di Talian

Kami ada 9 tetamu online
                                   

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.




PENAFIAN:
JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620

Tarikh dikemaskini :

23hb Mei 2013

  • hacklink Kisisel Blog , Seo spor haberleri kredi karti taksitlendirme
  • son dakika
  • dexx salkom hairman ab rocket aire bra lipitabs izmir escort