Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Pameran sempena Forum Kekeluargaan dan Pencerahan Undang-Undang Anjuran Bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Admin - Shafarina

10 Mac 2023

2522

7 Mac 2023, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah dijemput untuk membuka Booth Pameran sempena Forum Kekeluargaan dan Pencerahan Undang-Undang Anjuran Bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita MAIS yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan dihadiri perserta di kalangan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Selain booth pameran JAKESS, terdapat booth pameran dari Agensi-Agensi Agama Islam Negeri Selangor yang lain. YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, turut sempat meluangkan masa untuk hadir ke booth pameran JAKESS.

#jakess #syariahasaskeadilan