Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Perisytiharan Dan Pentauliahan Peguam Syarie

Admin - Shafarina

23 Februari 2023

1922

86 PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR TERIMA SIJIL PENTAULIAHAN

9 Februari 2023 – Seramai 86 orang peguam syarie yang baharu dilantik hari ini menerima sijil pentauliahan dalam Majlis Perisytiharan Dan Pentauliahan Peguam Syarie yang diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Majlis disempurnakan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Dalam ucapan Beliau, Tan Sri Dato' Seri telah menyampaikan amanat kepada peguam syarie baru Negeri Selangor ini antaranya menjaga intergriti, merahsiakan rahsia anak guam, menjaga aib anak guam, meningkatkan pengetahuan hukum syarak, menghormati mahkamah, tidak memudaratkan anak guam dan beberapa amanat yang lain. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peguam baru yang telah ditauliahkan dimana pelbagai cabaran telah dilalui mereka namun ia mampu menjadikan mereka seorang peguam syarie yang kuat. Sementara itu, YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain Ketua Hakim Syarie Selangor dalam ucapan aluan beliau berharap agar semua peguam syarie dapat menjaga etika dan disiplin termasuklah sesama rakan peguam, mahkamah syariah dan anak guam. Beliau turut memberi peringatan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Selangor merupakan mahkamah dengan pendaftaran kes tertinggi di Malaysia sekaligus menyeru agar peguam sentiasa bersedia mengendali dan menyelesaikan kes dengan bijak dan segera tanpa mengenepikan prosedur yang telah dikanunkan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datin Paduka Saudah Binti Sulaiman, Anggota MAIS, Tuan Haji Zainor Rashid Bin Hassin, Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Tuan Salehan Bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS, Tuan Che Saupi Bin Che Husin. Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri Selangor, Tuan Musa Bin Awang Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, anggata MAIS serta peguam-peguam syarie. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan ucapan tahniah buat kesemua 86 peguam syarie negeri Selangor yang terlibat dalam majlis pada hari ini. #jakess #syariahasaskeadilan #kitaselangor