EnglishArabicMalay

Info Jabatan

Joomla Slide Menu by DART Creations

Multimedia

Pautan Agensi

mygov


   
 
Majlis Bersama Jabatan JAKESS PDF Cetak E-mail

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan  serta   mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

  • Hal kebajikan
    Perihal mengadakan pusat penjagaan anak-anak kakitangan, kemudahan pantry atau kantin dan lain-lain
  • Hal kewangan
    Hal-hal mengenai pembayaran tuntutan elaun dan kemudahan perubatan atau peralatan serta isu pelarasan gaji dan lain-lain
  • Hal pentadbiran
    Kemudahan/keselesaan ruang pejabat, keselamatan tempat kerja, kebersihan, penggiliran dalam melakukan kerja, peluang untuk latihan dan kursus, isu pakaian di tempat kerja, khidmat kaunseling dan lain-lain.
  • Skim perkhidmatan dan perjawatan
    Hal berkaitan pengisian jawatan yang kosong, pemangkuan jawatan, pertambahan jawatan baru dan skim perkhidmatan yang berssesuaian dengan beban tugas dan lain-lain
  • Elaun dan kemudahan
    Perihal elaun lebih masa, bayaran insentif, imbuhan tetap khidmat awam., peperiksaan kesihatan untuk pegawai 40 tahun ke atas dan laian-lain
  • Hal perkhidmatan
    Hal berkaitan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), Anugerah Khidmat Cemerlang, Disiplin dan Tatatertib Laporan Penilaian Prestasi dan lain-lain

 

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

  1. Hubungan dan Sikap Yang Positif hasil dari suasana kerja yang harmonis di atas interprestasi yang jelas mengenai satu-satu tugas yang akan dijalankan.
  2. Kepuasan Pekerja apabila peluang yang diberi kepada pekerja menyuarakan pendapat serta bakat yang ditunjukkan oleh pihak pekerja diterima baik oleh Pihak Pegawai.
  3. Peningkatan Produktiviti hasil dari fasiliti yang mencukupi dan bertepatan dengan fungsi kerja untuk kegunaan pekerja.
  4. Penjimatan Kos apabila kos penyelenggaraan pejabat dikurangkan dengan budaya kerjasama dan perbincangan di pejabat
  5. Kemajuan Kerjaya Pekerja hasil dari peningkatan diri pekerja dari segi percakapan dan keyakinan apabila menjalinkan hubungan komunikasi berkesan dengan Pihak Pegawai.
  6. Sikap Hormat Menghormati hasil dari semangat silaturahim antara pengurusan dan pekerja
  7. Penyelesaian Masalah-masalah yang dicapai melalui perbincangan dan mencari idea bagi penyelesaian masalah.
  8. Kesetiaan para pekerja kepada organisasi apabila melihat Pihak Pegawai menunjukkan komitmen yang tinggi dan menghargai sumbangan para pekerja
  9. Perpaduan dan cohesiveness organisasi apabila Pihak Pekerja berusaha melakukan sesuatu atas kepentingan ramai.
  10. Mengurangkan Pengaduan hasil dari saluran yang disediakan untuk menerima maklum balas dan pengaduan dari pihak pihak awam.
  11. Mengurangkan Kes ‘Surat Layang’ kerana terdapatnya mekanisma keterbukaan Pihak Pegawai dalam menerima isu dari Pihak Pekerja.]

 

SENARAI AHLI MBJ WAKIL PENGURUSAN DAN  WAKIL PEKERJA 2010-2012

 

 

WAKIL PENGURUSAN 

Pengerusi

YAA Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim   

Ketua Hakim Syarie

Ketua Pendaftar

Tuan Ghazali bin Ahmad

Pegawai Teknologi Maklumat

Puan Masrohayatie binti Talib

Penolong Pegawai Tadbir

Puan Dayang Nurafni bt Mohd. Dzolkifley

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS 44)

Tuan Saharuddin bin Selamat

Penolong Pegawai Akauntan

Puan Siti Sarlina binti Saleh

Penolong PegawaiTadbir (Aset)

Puan Shahida Suhana binti Abdul Hamid

 

WAKIL PEKERJA

PENGERUSI

Hakim MTS                                  

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah

Gred LS 52 & LS 48)

YA Tuan Haji Mohammad Adib bin Husain          

SETIAUSAHA

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS 41)

Tuan Abdul Halim bin Abu Samah

Pegawai Sulh MRS Hulu Selangor

Hakim MRS                                  

(Wakil Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah Gred LS 44)

Tuan Saharuddin bin Selamat

Hakim MRSB Shah Alam

 

Penolong Pendaftar MRS Gombak Timur

 (Wakil Skim Perkhidmatan Penolong Pendaftar Syariah (Gred LS27 dan  LS 32)

 

Tuan Hj. Harun bin Hashim

 Pembantu Tadbir Kanan (HRMIS)

(Wakil Skim Perkhidmatan Pen. Pegawai Perhubungan Awam S27/ Pemb. Tadbir (W)

 Gred W22/ Pemb. Tadbir (P/O) Gred N 22)  

Hj. Nasha bin Tarikat

 (Wakil Skim Perkhidmatan Pemb. Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17/N22/N27)

Puan Noraini binti Mizlan

Pembantu Syariah MRS Kuala Langat

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Syariah

Gred LS 22/LS17)

 En. Faizarul Nizam bin Azhari

 

Pembantu Tadbir (P/O)  MRS Sepang

(Wakil Pekerja Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N 17)

Puan  Siti Hajah Norlela binti Saad

           

 

Pembantu Tadbir  (W) MRS Kuala Selangor

(Wakil Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (W)

Gred W17

Pn. Noraini binti Arham

 

Juruteknik Komputer MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Pen.Pegawai Sistem Maklumat Gred F 29/Juruteknik Sistem Maklumat Gred FT 17)/OMPD Gred F 11)

Puan Rosliza binti Abd. Rashid                             

Juruteknik  MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Juru Bahasa Gred L 17)/

Pemb.Perpustakaan Gred S7 /

Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N 17/

Juruteknik Gred J 17)

En. Hafez bin Sakman

           

 

Penghantar Notis MRS Sabak Bernam

(Wakil Skim Perkhidmatan Penghantar Notis

Gred N12/GredN3)

En. Mohamad Rafli bin Mohamed  Yusof

Pembantu Am Pejabat  MRS Kuala Selangor

 Puan Jamaah binti Abu                                       

Pemandu R3 MTS

(Wakil Skim Perkhidmatan Pemandu Gred R 3)

En. Amerhamzah bin Abd. Karim

 

 

Log Masuk (Staf Sahaja)



Kalendar Aktiviti

Last month May 2013 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Waktu Berurusan

 

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum
Kod QR JAKESS

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Bagaimana prestasi JAKESS setakat ini?
 

Jumlah Pengunjung

372439
IP anda :54.234.67.55

Siapa Di Talian

Kami ada 43 tetamu online
                                   

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.




PENAFIAN:
JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620

Tarikh dikemaskini :

23hb Mei 2013

  • hacklink Kisisel Blog , Seo spor haberleri kredi karti taksitlendirme
  • son dakika
  • dexx salkom hairman ab rocket aire bra lipitabs izmir escort