| Sulh |
|
|
|
|
Sulh merupakan suatu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu pertikaian terhadap sesuatu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor, dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara rasmi, yang diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu, dan seandainya perdamaian dicapai, ianya akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa
Pada awalnya perlaksanaan sulh di Selangor dijalankan secara tidak rasmi di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah atas inisiatif hakim bicara apabila hakim bicara mendapati pihak-pihak ada ruang untuk penyelesaian. Keadaan ini perlu kerana hakim bicara terbeban dengan jumlah kes yang banyak. Penyelesaian secara sulh dapat membantu hakim bicara mengurangkan kes-kes yang tertunggak.
Bermula 1hb. Mei 2002, Mahkamah Syariah Selangor telah melaksanakan secara rasmi proses Sulh sebagaimana yang terkandung di dalam Kaedah-kaedah Mal (Sulh) Selangor (2001) berdasarkan peruntukan Seksyen 87 dan 88 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor (1991), tetapi telah diberi ‘gaya baru’ bagi menjadikan peranan Mahkamah Syariah Selangor lebih berkesan di samping membantu pihak-pihak yang bertikai di mahkamah menyelesaikan pertikaian mereka tanpa perlu melalui perbicaraan. Setelah Kaedah Sulh diwartakan, kerajaan negeri telah meluluskan perlantikan Pegawai Syariah Gred L3 (sekarang LS41) bertaraf kontrak seramai 11 orang untuk berkhidmat sebagai Pegawai Sulh di 10 daerah Mahkamah Rendah Syariah Selangor dan seorang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Kelayakan minimum Pegawai Sulh adalah Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam atau Diploma yang setaraf dengannya, kelayakan ini adalah sama dengan kelayakan seseorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. Semua pegawai ini telah dilantik dan mula berkhidmat mulai 15hb. April 2002. Pegawai Sulh Selangor terdiri dari 7 orang pegawai lelaki dan 3 orang perempuan. Sehingga ke hari ini Skim Perjawatan Pegawai Sulh telah berkembang menjadi 13 orang pegawai yang terdiri dari 8 orang lelaki dan 5 orang perempuan iaitu 2 orang Pegawai bertugas di Mahkamah Tinggi dan selainnya di Mahkamah Rendah Syariah di daerah-daerah. |
Log Masuk (Staf Sahaja)
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Undian
Jumlah Pengunjung






Siapa Di Talian
Kami ada 11 tetamu onlineDasar
Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
PENAFIAN: JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620
Tarikh dikemaskini :
14hb Mei 2013
































