Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2022 DAN JASAMU DIKENANG

MRS Gombak Barat

12 Mei 2023

741

Pada 12 Mei 2023 bersamaan 21 Syawal 1444H (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Jasamu Dikenang yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja MRS Gombak Barat, iaitu Encik Muhammad Syafiq bin Jamil (duduk dari kiri ) kerana telah menerima anugerah utama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2022. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Tuan Mohd Faizal bin Habib (duduk di tengah) dan Encik Syahrul Syafie bin Harith (duduk dari kanan) yang telah menerima Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie. Semoga ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di JAKESS. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus memberi khidmat dan sumbangan kepada JAKESS. Turut hadir bersama pada majlis tersebut Penolong Pendaftar MRS Gombak Barat Puan Hjh Ana Faiza binti Md Nor, serta tiga lagi kakitangan yang lain.