EnglishArabicMalay

Info Jabatan

Joomla Slide Menu by DART Creations

Multimedia

Pautan Agensi

mygov


   
 
Latar Belakang PDF Cetak E-mail

Agama Islam di negeri Selangor telah ada diawal kurun 15 melalui Melaka kerana Selangor pada masa itu berada di bawah jajah takluk Melaka. Pada zaman pemerintahan Melaka tersebut, telah wujud jawatan kadi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Sejarah penubuhan mahkamah syariah di negeri Selangor Darul Ehsan pula telah wujud dalam kurun ke-17.

Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Preventation of Adultry Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26hb September 1894 dan undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Mengikut undang-undang ini, seorang lelaki yang melakukan perhubungan jenis dengan seorang perempuan yang telah bersuami adalah bersalah dan boleh dihukum 2 tahun penjara bagi lelaki dan 1 tahun penjara bagi perempuan dan mungkin kedua-duanya didenda.

Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berhubung dengan nikah kahwin dan cerai orang-orang Islam di negeri Selangor.

Undang-undang ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan perkahwinan kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas akad nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya sijil perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan kepada kadi dalam masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai akan dikeluarkan kepada mereka yang berkenaan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda tidak melebihi daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah kadi.

Pada tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang.

Pada tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dengan itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dengan nama Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan pada 5 Disember 1952. Dengan adanya undang-undang ini maka termansuhlah undang-undang terdahulu daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962, 1966, 1972 dan pada 1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan mengemaskinikan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor.

Pada tahun 1984 Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 tahun 1984 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 23 Januari,1989 di seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan Undang-undang ini telah memansuhkan bahagian ke 6 dan 7 seksyen 155, 156, 158, 160 dan 178 perenggan (n) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

Pada tahun 1989 Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah diluluskan. Berdasarkan enakmen ini, Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991, Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1hb September 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.

Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

 

Log Masuk (Staf Sahaja)



Kalendar Aktiviti

Last month May 2013 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Waktu Berurusan

 

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum
Kod QR JAKESS

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Bagaimana prestasi JAKESS setakat ini?
 

Jumlah Pengunjung

372910
IP anda :23.22.252.150

Siapa Di Talian

Kami ada 74 tetamu online
                                   

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.




PENAFIAN:
JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620

Tarikh dikemaskini :

23hb Mei 2013

  • hacklink Kisisel Blog , Seo spor haberleri kredi karti taksitlendirme
  • son dakika
  • dexx salkom hairman ab rocket aire bra lipitabs izmir escort