Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Lokasi Patuh Etika Berpakaian dan Pekerja Contoh Tahun 2022

MRS Gombak Timur

31 Januari 2023

1283

20 Januari 2023- Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) telah mengadakan Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil 1 Tahun 2023 bertempat di Dewan Muktamar Jakess. Majlis telah dihadiri oleh kakitangan yang terlibat di setiap lokasi Mahkamah. Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar penjawat awam kakitangan negeri Selangor dan penyampaian amanat tahun baru oleh YAA Dato Muhamad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor. Selain itu,  YAA Dato' Mohammad Adib Bin Husain juga turut menyampaikan penghargaan kepada  Tuan Muhamad Hisyam Bin Zakaria, Ketua Pejabat MRS Gombak Timur bagi penghargaan Lokasi Patuh Etika Berpakaian dan Penampilan Jakess Tahun 2022 (gambar kiri). Tahniah juga diucapkan kepada kakitangan MRS Gombak Timur iaitu Encik Mohamad Nasrin Bin Kasnan (gambar atas kanan), Puan Nurul Farah Binti Osman (gambar kanan tengah) dan Puan Norhidayah Binti Sairon (gambar kanan bawah) bagi penerimaan Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2022. Semoga penghargaan dan anugerah ini dapat memberikan contoh serta motivasi kepada kakitangan yang lain. Tahniah.