EnglishArabicMalay

Info Jabatan

Joomla Slide Menu by DART Creations

Multimedia

Pautan Agensi

mygov


   
 
Kes Jenayah PDF Cetak E-mail

Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan :-

  • Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
  • Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali
  • Permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh; sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.

 

Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.

Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan;

  • Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • Pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
           > Jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
           > Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,
           > Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.

 

Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan;

  • Dengar pemeriksaan utama Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara; iaitu
       › Memberi keterangan bersumpah; atau
       › Memberi keterangan tidak bersumpah; atau
       › Berdiam diri.
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.
 

Log Masuk (Staf Sahaja)



Kalendar Aktiviti

Last month May 2013 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Waktu Berurusan

 

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum
Kod QR JAKESS

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Bagaimana prestasi JAKESS setakat ini?
 

Jumlah Pengunjung

370086
IP anda :184.72.184.104

Siapa Di Talian

Kami ada 15 tetamu online
                                   

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.




PENAFIAN:
JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620

Tarikh dikemaskini :

14hb Mei 2013

  • hacklink Kisisel Blog , Seo spor haberleri kredi karti taksitlendirme
  • son dakika
  • dexx salkom hairman ab rocket aire bra lipitabs izmir escort