Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Latar Belakang

Daerah Kuala Langat dikenali sebagai Langat dan tapak asal bandar ini terletak di Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. "Langat" dipercayai dibuka oleh orang-orang Bugis yang datang dari Johor pada abad ke-18 untuk menjalankan perdagangan dengan Melaka. Jugra dikatakan sangat terkenal pada zaman Keagungan Kesultanan Melaka. Kawasan Langat juga dipercayai telah wujud lama sebelum berkembangnya Kesultanan Melaka iaitu dengan terjumpanya sejarah yang berusia kira-kira 2,000 - 2,500 tahun di Kampung Sungai Lang Tengah pada tahun 1964. Dari segi Sejarah, Daerah Kuala Langat mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal Negeri Selangor.

Sejak itu, Bandar Temasya (Jugra) telah dikenali sebagai Bandar Diraja dan memainkan peranan penting dari segi politik, sosial dan pembangunan ekonomi di Selangor. Keadaan ini banyak dibantu oleh kerana kedudukan daerah ini yang berhampiran dengan pantai dan muara sungai, yang mana amat sesuai dengan sistem pemerintahan yang berasaskan pengangkutan sungai dan laut. Dengan kedudukan kawasan yang terletak di muara Sungai Langat serta berhampiran dengan Pulau Carey, kawasan ini dianggap selamat dan dimudiki hingga ke kawasan hulu bagi tujuan perniagaan, perdagangan dan petempatan. Ini telah menarik perhatian penduduk-penduduk kawasan berhampiran seperti pedagang-pedagang dari Sumatera dan Bugis.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan 857.65km² dengan populasi jumlah penduduk seramai 200,000 orang. Justeru, bagi menjaga kemaslahatan umat Islam di dalam daerah Klang ini telah ditubuhkan sebuah Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

MRS Kuala Langat turut digabungkan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, berada dalam kawasan yang sama. Pada September tahun 2013, MRS Kuala Langat telah berpindah ke lokasi baharu, yang sehingga kini menjadi tempat tinggalnya yang terkini.

MRS Kuala Langat kini terdiri daripada 11 orang kakitangan keseluruhannya, dengan seorang ketua pejabat merangkap Hakim Syarie, Tuan Mohd Nazrin bin Mohd Ali.

Berikut merupakan hakim-hakim syarie yang pernah berkhidmat di MRS Kuala Langat sejak 2002:

1. Tuan Salehan bin Yatim
2. Tuan Mohamad Fauzi bin Hj Ismail
3. Tuan Azharizal bin Arsad
4. Tuan Mohd Nazrin bin Mohd Ali (terkini)
Bangunan Lama Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat
Bangunan Baru Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat
    Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,
    Kota Seri Langat, Sungai Sedu,
    42700 Banting,
    Selangor
  • 03-31872421
    03-31871673
  • 03-31879924
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.