Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Sulh

Pengenalan Majlis Sulh

PENGERTIAN SULH
Merupakan majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terlibat dalam suatu pertikaian, melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan dipengerusikan oleh Pegawai Sulh. Seandainya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai secara sukarela antara kedua belah pihak, ia akan direkodkan oleh Hakim sebagai satu perintah Mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

PERUNTUKAN UNDANG - UNDANG DAN SUMBER RUJUKAN
Antara tuntutan atau permohonan yang boleh diselesaikan melalui kaedah Sulh :-

  1. Mahkamah Tinggi Syariah
    • Tuntutan Harta Sepencarian - subseksyen 23 (10)(b) & subseksyen 122 EUUKIS 2003
    • Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) - subseksyen 82 EUUKIS 2003

  2. Mahkamah Rendah Syariah
    • Tuntutan Mut'ah - subseksyen 58 EUUKIS 2003*
    • Tuntutan Nafkah lddah - subseksyen 66 (1) EUUKIS 2003*
    • Tuntutan Tunggakan Nafkah - subseksyen 70 (1) EUUKIS 2003*
    • Tuntutan Nafkah Anak - Subseksyen 74 (1) EUUKIS 2003*

Lain-lain tuntutan yang berbangkit daripada perceraian (seperti perkara yang bertanda * dan perkara lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.