| Mahkamah Rayuan |
|
|
|
|
Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan Seksyen 67(1), Seksyen 67(2) dan Seksyen 67(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Seksyen 67(1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa asalnya. Seksyen 67(2) Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran bagi pemutusan olehnya apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayun itu dan keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu. Seksyen 67(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sebagaimana yang difikirkan adil bagi pemberesan rayuan itu. Mahkamah Rayuan Syariah juga mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah. Hal ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 68(1) dalam Akta yang sama. Seksyen tersebut telah memperuntukkan bahawa: Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenai apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan. |
Log Masuk (Staf Sahaja)
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Undian
Jumlah Pengunjung






IP anda :54.234.180.187
Siapa Di Talian
Kami ada 62 tetamu onlineDasar
Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
PENAFIAN: JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620
Tarikh dikemaskini :
23hb Mei 2013
Bidangkuasa Mahkamah 































