| JAKESS Cipta Rekod Lupus 5,476 Fail |
|
|
|
|
Sebanyak 5,476 fail kes berjaya dilupuskan Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) menerusi program pelupusan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri sejak dilaksanakan awal Januari lalu. ![]() ![]() Kejayaan ini membuktikan kesungguhan JAKESS amnya dan Unit Rekod khasnya dalam mengawal selia serta menguruskan fail-fail kes dengan lebih tersusun dan menepati Arahan Amalan Bil. 13 Tahun 2006 dan Akta Arkib Negara 2003. Fail-fail yang dilupuskan itu melibatkan fail-fail kes mal dan jenayah di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor antara tahun 1970 hingga 1997.
Bengkel Pelupusan Rekod JAKESS berlangsung selama tiga hari iaitu pada 4 hingga 6 Ogos lalu bertempat di Pusat Info JAKESS, Petaling Jaya. Lebih 30 orang pegawai dan kakitangan daripada 11 mahkamah daerah seluruh Selangor hadir menjayakan bengkel ini. Atur cara hari pertama bengkel dimulakan dengan ceramah bertajuk Pelupusan Rekod yang disampaikan oleh Puan Rusniza Binti Hamdan, Penolong Pengarah Seksyen Pelupusan Arkib Negara Malaysia. Antara perkara yang diberi penekanan oleh beliau adalah mengenai tanggungjawab pegawai awam untuk memelihara rekod awam dengan baik. ~ berita dari portal JKSM |
Log Masuk (Staf Sahaja)
Waktu Solat
[ Tukar Kawasan ]
Undian
Jumlah Pengunjung






Siapa Di Talian
Kami ada 68 tetamu onlineDasar
Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
PENAFIAN: JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620
Tarikh dikemaskini :
23hb Mei 2013


































