Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Isnin 09 November 2020, 09:01:47.

    Total Visitor 11316

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

NORMAL BAHARU MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR: BICARA SECARA DALAM TALIAN

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

9 Jun 2020, Petaling - Mahkamah Rendah Syariah Petaling Selangor telah berjaya menjalankan perbicaraan secara dalam talian bagi kes tuntutan cerai dengan talaq yang melibatkan kehadiran Plaintif dan  peguam Syarienya, Encik Zuri Zabuddin bin Budiman di Mahkamah dan kehadiran Defendan yang berada Amerika Syarikat secara dalam talian melalui sidang video. Perbicaraan yang dilaksanakan secara dalam talian ini adalah atas permohonan Plaintif dan Defendan serta dengan kebenaran Hakim Tuan Ali Najmi bin Mohd Noordin. Perbicaraan yang dikendalikan dalam dwi bahasa Inggeris dan  Melayu ini berjaya memendekkan tempoh penyelesaian kes tersebut serta menjimatkan kos pihak-pihak. Perbicaraan dalam talian melalui kemudahan sidang video yang dibangunkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ini adalah salah satu daripada normal baharu yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda negara. Normal ini dilaksanakan secara ketat dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang berjaya dibangunkan oleh JAKESS pada awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). SOP ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat  penyelarasan operasi Mahkamah Syariah seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertanggung jawab untuk menyelaraskan operasi Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. SOP ini telah dipersetujui untuk digunapakai sebagai panduan pengendalian kes melalui sidang video di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia dengan ubah suai mengikut prasarana di negeri-negeri. Terdahulu, beberapa “pilot case” melibatkan kes cerai dan kes sulh juga telah berjaya dilaksanakan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor bagi menguji keberkesanan SOP yang telah dibangunkan oleh JAKESS.