KAJI SELIDIK KEPUASAN TERHADAP PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR TAHUN 2020
Assalamualaikum wrt wbt.
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sedang menjalankan Kaji Selidik Kepuasan Terhadap Piagam Pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Bagi Tahun 2020. Kaji selidik ini bertujuan bagi menilai kepuasan pelanggan yang berurusan dengan jabatan ini. Dapatan daripada kaji selidik ini akan digunakan bagi menilai kualiti perkhidmatan kami serta mencari ruang penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan serta khidmat pelanggan di jabatan ini.
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai bagi menjawab kaji selidik ini. Jabatan ini juga memohon agar kaji selidik tersebut turut dipanjangkan kepada warga Kementerian/Jabatan/ Agensi. Kaji selidik tersebut boleh dicapai menerusi pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/1FPZnMvNgdjcHxhp5A7-1XkoWxI-npBQTyqeYi5v1N2M/edit?usp=sharing
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor