Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 23 Januari 2020, 06:36:05.

    Total Visitor 1876

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Pada awalnya, penubuhan Mahkamah Rendah Syariah adalah berdasarkan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam No. 2 Tahun 1989 (sekarang dipinda kepada Seksyen 55 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003) yang dikenali sebagai Mahkamah Qadhi.

Di awal penubuhan Mahkamah Syariah iaitu pada 1 September 1991, Kerajaan negeri telah meluluskan perjawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk melantik Yang Arif Tuan Haji Mohd Shahri bin Haji Ismail bagi menjalankan tugas serta berbidangkuasa mengendalikan kes-kes Jenayah dan kes-kes Mal orang-orang Islam di kawasan Daerah Petaling, Daerah Hulu Langat dan Daerah Sepang yang berpejabat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Kini, terdapat dua belas (12) lokasi Mahkamah Rendah Syariah yang diwartakan di Negeri Selangor dan mempunyai bidangkuasa tersendiri. Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebelum ini beroperasi di Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya dan hanya terdapat enam orang kakitangan termasuk Hakim. Pada 18 November 2011, Mahkamah ini telah berpindah ke Jalan Bintang U5/33, Seksyen U5, 40150 Shah Alam yang dilengkapi dengan empat Dewan Bicara. Mahkamah ini kini dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah Petaling dan mempunyai empat orang Hakim serta kakitangan sokongan melebihi 20 orang. Perpindahan ini bertujuan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan serta mempercepatkan perjalanan kes.