Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 23 Januari 2020, 06:36:05.

    Total Visitor 1877

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Sejarah Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang

27 Jun 2019, Selangor - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan bilangan kes tertunggak melebihi 12,000 di negeri itu akan dapat dikurangkan dengan penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, kewujudan mahkamah itu juga membantu mengurangkan beban penerimaan kes tinggi yang direkodkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, yang mana Ampang merupakan antara lima mukim di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

"Selain masalah kekurangan hakim dan kakitangan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor, tunggakan kes syariah di negeri ini juga disebabkan jumlah pendaftaran hampir 3,000 kes yang diterima Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat setiap tahun.

"Jadi, dengan beroperasinya Mahkamah Syariah yang baharu ini, saya berharap kes-kes yang tertunggak di Selangor, terutama sekali kes-kes yang sebelum ini tertumpu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dapat dikurangkan,” katanya ketika merasmikan pembukaan mahkamah itu di Menara A, Persiaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini, dua hakim di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat terpaksa mengendali lebih 6,000 kes mal serta jenayah setahun, dan tentu sukar bagi mereka untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun.